Nukilan Si Pewaris Sastera

Nukilan Si Pewaris Sastera

Thursday, 31 May 2018

UNSUR-UNSUR DALAM SEJARAH MELAYU


UNSUR-UNSUR DALAM SEJARAH MELAYU

a) HUMOR
Terdapat juga unsur yang jelas dibawa oleh pengarang dalam Sulalatus Salatin iaitu unsur humor yang ditemui dalam halaman-halaman karya ini. unsur humor diberikan tempat seiring dengan tragedi, keperitan hidup, penganiayaan dan penyeksaan. Dalam kajian Syed Zulfida (1976) dan Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh (1978: 119-134) diperlihatkan bagaimana Tun Seri Lanang kerap menggunakan unsur ini yang sering digandingkan oleh ejekan serta kecerdasan mengolah bahasa.

b) PATHOS
Pathos merupakan unsur yang merangsangkan daya rasa kasihan, kesedihan dan duka cita dalam diri pembaca. Ia menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung, atau kesengsaraan kerana menanggung duka cita yang amat mendalam. Sebagai contoh:
Pengorbanaan yang terpaksa dilakukan demi keamanan negeri
Hal ini dapat dilihat dalam kisah Sultan Muzaffar Syah terpaksa menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu demi menyelesaikan perbalahan antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak. Sebagai seorang wanita yang masih muda, Tun Kudu turut terpaksa menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan keamanan Melaka. Kemudian berkahwin pula dengan Seri Nara Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak ada pilihan. Penentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.

Rakyat menjadi mangsa kesetiaan kepada pemerintah
Dapat dilihat daripada peristiwa kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyat dan hulubalang Singapura akibat tercedera diserang todak yang berlaku kerana kesetan mereka terhadap pemerintah. Titah raja Singapura tidak boleh dibantah dimana mereka perlu berkubukan betis lalu menyebabkan ramai terkorban dan cedera parah.
Penganiayaan dan penafian hak terhadap pewaris tahta
Peristiwa Raja Kassim yang disingkir daripada menaiki tahta kerajaan  Melaka oleh Puteri Rekan lalu dilantik Raja Ibrahim sebagai Sultan Melaka. Raja Kassim diusir dari istana dan menjadi nelayan di pantai Melaka.
Kesan penerapan unsur pathos
1.      Dapat melahirkan rasa sedih, marah, simpati, benci dan kasihan.
2.      Dapat memberikan pengajaran, teladan keinsafan kepada pembaca.
3.      Dapat menimbulkan unsur suspens atau ketegangan.
4.      Berkesan dalam menjadikan cerita semakin kompleks dan penuh permasalahan.

c) MITOS/LAGENDA
Mitos
Mitos sebagaimana yang diketahui umum, adalah suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logic akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Peristiwa yang berlaku itu sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan manusia, haiwan ataupun alam semsesta- kelihatan pelik, janggal dan melampaui lumrah alam. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap ketakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut acuan zaman moden sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam, menyakini bahawa mitos tersebut memang benar-benar berlaku.
            Dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri yang signifikan terutama pada bahagian awal teks tersebut. kewujudan unsur mitos dalam teks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animism yang kuat.
Ciri-ciri Mitos
1. Mitos dianggap sebagai kejadian atau peristiwa yang benar­-benar berlaku - cerita mitos dianggap benar-benar berlaku pada zaman silam. Keyakinan tersebut, sesetengahnya, telahmembentuk sistem nilai mereka dan seterusnya diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Mitos berbeza daripada unsur­unsur dongeng.
2. Mitos dianggap suci - kesucian ini terbit kerana mitos kaya dengan unsur-unsur kedewaan yang diyakini oleh masyarakat Melayu pada zaman silam. Kepercayaan tersebut terbentuksebagai hasil daripada pengaruh animisme dan ajaran agama Hindu.
3 Mitos kaya dengan unsur-unsur alam ghaib - keyakinan masyarakat Melayu zaman silam terhadap kewujudan alam ghaib sangat tebal. Mereka percaya bahawa sesuatu yangghaib itu, seperti kewujudan kuasa makhluk-makhluk halus (jin, syaitan, penunggu, puaka) dan alam kayangan atau alam dewa dewi dapat mempengaruhi kehidupan mereka. Malah,dalam konteks alam kayangan, masyarakat Melayu pada zaman itu yakin bahawa mereka dapat Baling berhubungan (bersahabat atau berseteru) antara satu sama lain.
4 Mitos kaya dengan peristiwa atau kejadian yang luar biasa, ganjil, dan aneh - masyarakat Melayu zaman silam mempercayai bahawa setiap kejadian luar biasa, ganjil, atau aneh mempunyai tujuan-tujuan atau alamat-alamat yang tertentu. Hal ini berlaku sebagai hasil daripada keakraban hubungan masyarakat Melayu dengan flora dan fauna di sekeliling mereka.

JENIS-JENIS MITOS
Mitos dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
1.      mitos asal usul raja;
2.      mitos pembukaan negeri;
3.      mitos kedatangan Islam; dan
4.      mitos-mitos lain.

Lagenda
Lagenda ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan keistimewaan seseorang tokoh yang diyakini kewujudannya oleh masyarakat. Cerita tersebut sering kali dibuat secara berlebih-lebihan dan melampaui kelaziman yang biasa dimiliki oleh seseorang manusia. Cerita-cerita tentang tokoh legenda ini juga bercampur aduk antara unsur Sejarah dengan unsur fantasi. Tokoh-tokoh legenda itu biasanya menjadi kemegahan dan kebanggaan sesuatu bangsa.
Tokoh-tokoh legenda biasanya ditandai oleh beberapa ciri. Antara ciri utama tersebut termasuklah:
1.      mereka memiliki rupa paras yang kacak dan tampan, berperibadi mulia, dan bijaksana. Ketampanan, kemuliaan, dan kebijaksanaan mereka dikagumi dan disenangi oleh setiap orang;
2.      mereka memiliki ilmu kepahlawanan, cekap bermain senjata, gagah dan perkasa, serta berani. Kehebatan mereka selalunya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pahlawan sekalipun;
3.       mereka memiliki ilmu kesaktian ataupun ilmu hikmat yang membantu mereka dalam apa-apa juga keadaan semasa berjuang;
4.      mereka, taat dan setia kepada keluarga dan raja. Ketaatan dan kesetiaan mereka begitu luhur clan suci;
5.       mereka memiliki keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia biasa.
Berdasar pada hakikat tersebut, dapat ditemukan perbezaan yang ketara antara legenda dengan mitos. Legenda lebih berpijak di bumi nyata, yakni tokoh yang dipusatkan 'lazimnya memang pernah hidup (diyakini kewujudannya) dan tokoh itu banyak jasanya. Mereka disenangi dan menjadi sebut-sebutan (idola)masyarakat dan lantaran itu, perwatakan mereka telah ditokok tambah oleh masyarakat, malah sikap, pemikiran, dan tindakan mereka, dijadikan ikut-ikutan olehkelompok tertentu. Hal ini berbeza dengan mitos yang ceritanya merupakan imaginasi pengarang atau kelompok masyarakat tertentu.

CONTOH LEGENDA
Laksamana Hang Tuah
Kewajaran Laksamana Hang Tuah sebagai Legenda
Hang Tuah ialah salah satu legenda Melayu yang menonjol dalam teks. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Tokoh ini dipercayai memang pernah hidup di Melaka pada masa dahulu. Yang menjadikan Hang Tuah tergolong sebagai legenda Melayu adalah kerana beliau memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan, sama ada fizikalnya mahupun mentalnya. Keistimewaan beliau yang paling ketara ialah kepahlawanan dan kegagahan yang dimilikinya. Beliau juga merupakan lambang kesetiaan masyarakat Melayu terhadap raja - bersedia menabur jasa dan bakti demi memelihara kebesaran dan kedaulatan raja Melayu.
Legenda Hang Tuah terakam dalam sebuah hikayat Melayu yang masyhur, iaitu Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kisah yang terdapat dalam hikayat tersebut mempunyai beberapa perbezaan dengan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini.

d) AGAMA
Sejarah kedatangan Islam di Pasai dan Melaka
Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan di Pasai. Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada mulanya bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya pada keesokannya badanya berbau narawastuBaginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikut Salleh.
            Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya  berbau narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al- Quran. Mimpi bagind menjadi kenyataan di mana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ.
Penyebutan dan Penonjolan Tokoh-tokoh Islam
Tokoh Iskandar Zulkanain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah tokoh-tokoh pendakwah Islam, ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuang mengembangkan agama Islam dan mengajar Ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi Yusuf Maulana Sadar Jahan. Tokoh-tokoh ini deiberikan penghormatan dan pengiktirafan tinggi di isatan Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal ehwal keagamaan.
Adat Istiadat dan Perundangan
Unsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti berkhatan.
    Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

e) ASAL USUL
Sulalatus Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi nama Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin menceritakan jurai keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan kezaliman raja, cara hidup masyarakat dahulu kala yang menganggap raja sebagai berkuasa mutlak. Di samping itu, terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan panduan kepada semua. Contohnya kisah Hang tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh gagah dan sebagainya. Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah-kisah ini.

f) BINATANG
1. Pembukaan negeri Singapura yang dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama “Singa”
2. Pembukaan negeri Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan anjing;
3. Pembukaan Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing; dan
4. Pembukaan Pasai yang dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku's-Salleh yang bernama si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi.

Pengaruh/sentuhan budaya
Sulalatus Salatin menitipkan corak kebudayaan Melayu tradisi dalam konteks sejarah kemasyarakatan bangsa Melayu, iaitu tentang keagungan golongan pemerintah dengan segala peraturan dan adat istiadat yang menarik seperti peraturan kedudukan para pembesar kerajaan yang diaturkan mengikut gelaran dan pangkat seseorang itu dalam Kerajaan Melaka. Antara adat yang terdapat dalam Salalatus Salatin ialah:
1) Adat Penganugerahan Gelaran
Adat ini dimulakan dengan menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana. Jemputan pula penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal diterima. Orang besar-besar akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan ‘Perserian’. Bagi anugerah ‘Persangan’ hanya orang kecil-kecil sahaja yang akan menjemput orang yang bakal menerima anugerah. Orang yang akan menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. Mereka akan diiringi dengan payung dan gendang se­runai ke istana. Ketika tiba di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikaan oleh raja. Sebagai contoh, anugerah bendahara akan diberi lima ceper persalinan. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:

Jika baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang di balairung, orang beradat. Maka dijemput orang itu: jika "Perserian ", Orang Besar-besar menjemput dia; jika "Per­sangan", orang kecil menjemput dia; jika "Pertuanan" orang sedang menjemput dia; dan jika orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda, dibawakan kuda; dan jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa berjalan dengan bingkisan, dengan payung dan gendang se­runai, tetapi payung itu, ada hijau, ada yang biru, ada yang merah, dan sebesar-besamya payung kuning; dan payung putih dengan nagara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri. Dan payung kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar; dan payung ungu dan merah dan hijau itu payung sida-sida dan ben tara hulubalang sekalian. Adapun payung biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga.
                                                                                                     (A. Samad Ahmad,1979: 76)

2) Adat Mengadap Raja di Balairung
Semasa mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja di balairung. Pembesar-pembesar akan di susun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti bendahara, penghulu bendahari, dan temenggung akan duduk di seri balai. Anak- anak raja akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida- sida yang muda akan duduk berselang-seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Petikan di bawah menggambarkan aturan mengadap raja di balairung.  Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:

Kemudian dari­pada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang ba­ginda segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya.
                                                                                                      (A. Samad Ahmad, 1979:5)




FUNGSI MITOS DAN LAGENDA YANG TERDAPAT DALAM SEJARAH MELAYU

Mitos
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2006), mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam. Menurut Noriah Taslim (1986), mitos dikatakan sebagai tradisi agama Hindu, raja-raja itu ialah dewa raja (God-King) iaitu raja adalah bayangan Tuhan. Konsep ini telah menyebabkan masyarakat membenarkan dan mempercayai hakikat kehebatan raja. Kesimpulannya, mitos bermaksud kepercayaan atau keyakinan yang diterima bulat-bulat tanpa bukti.

Fungsi Mitos
Menurut Hooykas (1965), mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul raja-raja. Asal usul raja-raja kerajaan Melayu tua ini kebiasaanya dihubungkan dengan objek-objek seperti buluh, buih dan mayang pinang. Tujuan utama gambaran tentang asal usul raja ini digembar gemburkan adalah untuk meningkatkan taraf dan kedudukan raja. Hal ini kerana, dalam kisah-kisah yang dipaparkan, raja-raja ini mempunyai keupayaan untuk berhubung secara langsung dengan tokoh-tokoh jin, lembu dan Batala, tokoh mitos Puteri Mahtabu’l Bahri dan Raja Aftabu’l Ardh serta pelbagai lagi tokoh dari dalam laut dan kayangan, (Yusoff Iskandar, 1986).

 Contohnya kisah berkenaan dengan Raja Suran, yang merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain, yang dikatakan telah masuk ke dalam laut. Dalam pengembaraan tersebut, baginda telah terjumpa sebuah negeri yang didiami oleh kaum Bersam. Kaum di negeri Bersam ini terdiri daripada orang kafir dan Islam. Raja Suran kemudiannya dikhabarkan berkkahwin dengan puteri kerajaan tersebut iaitu, Puteri Mahtabu’l Bahri dan dikurniakan tiga orang putera.

 Raja Suran kemudiannya pergi menemui raja jin iaitu Asmaghayah Peri untuk meminta supaya dibuatkan tiga buah mahkota untuk puteranya. Mahkota itu menjadi lambang kebesaran dan keturunan Iskandar Zulkarnain. Setelah itu, Raja Suran pun keluar dari laut dan menuju ke udara dengan menunggang seekor kuda terbang yang bernama Faras’ul Bahri.
 Berdasarkan kisah yang dipaprkan ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pengarang cuba untuk mengagung-agungkan kedudukan raja dengan menyelitkan pelbagai jenis kebolehan dan keistimewaan baginda. Dalam cerita ini kebolehan dan keistimewaan tersebut ditunjukkan menerusi keupayaan baginda untuk hidup di dalam laut dan keluar dari laut dengan menungggang kuda terbang.

 Seterusnya, mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul sesuatu tempat. Mitos berkenaan dengan asal usul sesuatu tempat ini kebiasaannya dikaitkan dengan unsur-unsur binatang dan anasir-anasir alam seperti pokok kayu, buah-buahan,mayang pinang dan lain-lain. Binatang yang dijadikan unsur mitos itu pula terdiri daripada binatang yang luar biasa sifatnya, tangkas, besar, cerdik dan cantik seperti singa, pelanduk, anjing dan semut besar, (Yusoff Iskandar, 1986).

 Contoh ini dapat dilihat dalam kisah bagaimana Singapura mendapat nama. Menurut Sejarah Melayu, nama Singapura ini diambil daripada nama binatang, iaitu singa. Cerita ini dikaitkan dengan kisah putera ketiga Sang Sapurba Taram Seri Tri Buana yang terserempak dengan binatang ini sewaktu baginda pergi bermain-main di perairan Bentan. Ketika itu, Sang Nila Utama bertanya kepada semua orang yang berada di sekelilingnya berkenaan nama binatang yang dilihat. Namun tiada seorang pun yang tahu. Akhirnya, Demang Lebar Daun menjawab pertanyaan tersebut sambil menambah, tempat ini baik untuk dibuat negeri kerana mempunyai binatang yang gagah. Lalu terbentuklah kerajaan Singapura yang mendapat nama dari singa, manakala pura pula, merujuk kepada bandar dalam bahasa Sanskrit.

 Mitos juga turut dikaitkan dengan sejarah kemasukan agama Islam ke Melaka dan Pasai, (Yusoff Iskandar, 1986). Tujuan utama mitos tentang pengislaman ini dibuat adalah untuk membezakan cara rakyat dan raja memeluk Islam. Raja mempunyai cara yang lebih istimewa dalam memeluk agama Islam berbanding rakyat jelata. Pengislaman raja ini dikatakan berlaku secara langsung dari Mekah dalam mimpi. Dalam mimpi tersebut, mereka bertemu dengan tokoh-tokoh Islam dan beberapa orang wali yang mempunyai hubungan dengan penyebaran Islam di Melaka dan Pasai. Keisitimewaan ini pula muncul berikutan sifat sosial dan politik raja itu yang sememangnya mempunyai taraf yang tinggi dalam masyarakat. Menerusi mitos yang ditampilkan ini, kita dapat mengetahui cara agama Islam berkembang di Melaka, iaitu melalui raja. Seterusnya, pengislaman raja ini diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.

 Mitos tentang kemasukan Islam ini dapat dilihat dalam kisah pengislaman Raja Kecil Besar. Dalam Sejarah Melayu, Raja Kecil Besar dikatakan bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Dalam mimpi tersebut, baginda telah diajar untuk mengucap dua kalimah syahadah oleh Rasulullah S.A.W, seterusnya baginda juga diberitakan mengenai namanya yang telah ditukar kepada Sultan Muhammad. Sebaik sahaja baginda tersedar daripada mimpi, badan baginda dikatakan berbau wangi dan sudah siap dikhatankan. Mulut baginda pula, lancar sahaja mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah.

 Selain itu, mitos juga turut dikaitkan dengan popular idea berhubung dengan sesuatu peristiwa aneh dan ajaib yang berlaku, (Yusoff Iskandar, 1986). Peristiwa ini dipercayai hanya dialami oleh raja ataupun dalam kalangan mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan istana. Antara contoh popular idea ini ialah berkaitan dengan konsep daulat dan derhaka. Seorang raja dipercayai mempunyai satu bentuk kepercayaan mistik, iaitu daulat. Menerusi kepercayaan ini, rakyat dilarang daripada melanggar hak daulat yang dimiliki oleh raja tersebut. Sekiranya larangan ini diingkari, dalam erti kata yang lain derhaka kepada raja, orang tersebut akan menerima balasan yang buruk.

 Antara contoh kisah yang berkenaan dengan konsep daulat dan derhaka ini ialah kisah berkenaan dengan Sang Rajuna Tapa yang bertukar menjadi batu. Sang Rajuna Tapa merupakan bendahara kepada Raja Iskandar Syah, iaitu pemerintah Singapura. Sang Rajuna Tapa ditimpa daulat Raja Iskandar Syah kerana belot kepada baginda dan bersubahat dengan Majapahit, musuh Singapura. Akibat daripada tindakannya itu, Singapura telah kalah kerana diserang Majapahit. Raja Iskandar Syah kemudiannya lari ke Melaka, manakala Sang Rajuna Tapa dan isterinya bertukar menjadi batu sebaik sahaja Raja Iskandar Syah melarikan diri ke Melaka. Batu itu dipercayai masih lagi wujud di Singapura.

Lagenda
Legenda pula didefinisikan sebagai cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Legenda adalah satu genre dalam kelompok cerita-cerita rakyat.
Harun Mat Piah (2003), mengemukakan takrifan lebih terperinci terhadap pengertian legenda. Selain memberi definisi khusus, beliau turut membuat perbandingan yang jelas antara legenda dengan mitos. Legenda ialah cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luar biasa, Legenda membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan. Secara kesimpulannya, legenda dapat didefinisikan sebagai cerita prosa rakyat yang ditokohi oleh manusia yang ada kalanya mempunyai sifat-sifat luar biasa yang dibantu oleh kuasa atau makhluk lain.

Fungsi Lagenda
Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986), legenda merupakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu, tokoh-tokoh yang berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah umpamanya.  Seterusnya, tokoh-tokoh ini pula tidak sunyi daripada dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungannya dengan kekuatan politik dan agama.

Di samping itu, keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan dengan watak-watak istimewa dan supernatural seperti gagah, berani, kuat, pintar dan bijak, mempunyai kebolehan dan kekuatan batin yang luar biasa serta sangat terkenal dalam sejarah tempatan sesuatu masyarakat.  Justeru, legenda menjadi kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh masyarakat setempat, lalu menjadi milik seluruh masyarakat tersebut.  Berdasarkan hal tersebut, dapatlah diketahui bahawa legenda ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Masyarakat Melayu amat sinonim dengan konsep ‘tulah raja’.  Barangsiapa yang menderhaka kepada sultan atau raja, mereka akan mendapat hukuman atau terkena ‘tulah raja. Sehubungan dengan itu, antara fungsi legenda menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986: 163) adalah untuk memperkuat konsep ‘daulat’, ‘taat’ dan ‘derhaka’ dalam masyarakat Melayu.
Sesuai dengan hal ini, Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah telah diangkat menjadi model atau simbol kepada ketiga-tiga konsep tersebut.  Hal ini dapat dilihat apabila ia sanggup membunuh sahabat baiknya sendiri, iaitu Hang Jebat yang pada pandangannya telah menderhaka kepada Sultan mereka, iaitu Sultan Mansur Syah sebagai tanda taat dan setianya yang tidak berbelah bahagi kepada rajanya.  Selain itu, Hang Tuah juga sanggup mati untuk memenuhi kehendak sultan Melaka pada ketika itu (Hasbullah Ibrahim dan Noor Aini Shaari, 1993).  Beliau diceritakan sanggup untuk masuk ke dalam kubur disebabkan sultannya yang ingin mengetahui keadaan sebenar di dalam kubur.
Seterusnya, legenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.  Hal ini dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya.  Baginda bertindak menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa buah kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga.  Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali dan tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang Melaka lagi.  Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat keputusan untuk berbaik-baik dengan Siam.  Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keamanan kerajaan Melaka.  Berikut merupakan petikan kata-kata baginda:
“Apa bicara tuan hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam; apa sudahnya kita beralangan selama ini; kita kelahi dengan dia pun tidak, dan berdamai pun tiada…”
                                                                                                                 (Sulalatus Salatin, hlm. 107)

Hal tersebut jelas menunjukkan kebijaksanaan Sultan Mansur Syah yang secara tidak langsung telah mengangkat kehebatan orang Melayu.  Tujuan tokoh ini ditampilkan adalah untuk memuji ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu, sebagaimana Sejarah Melayu dalam memetik kata-kata Betara Majapahit;
“Adapun orang Melayu ini terlalu cerdik daripada segala orang negeri lain; pada sebarang permainan pun tewas juga orang lain oleh orang Melaka”.
                                                                                                                   (Sulalatus Salatin, hlm. 22)

Selain itu,  legenda turut berfungsi menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam.  Hal ini dapat dilihat daripada kisah Tok Senik di Beserah yang merupakan seorang pemimpin agama telah bertindak membuka Pekan Beserah setelah merantau dari satu tempat ke satu tempat di utara Semenanjung Tanah Melayu (Aripin Said, 1996: 57).

Kisah ini menunjukkan betapa pengaruh seorang pemimpin agama itu sangat memberi kesan yang besar kepada orang di sekelilingnya.  Hal ini demikian kerana, ketika Tok Senik datang ke pekan tersebut yang pada asalnya masih belum mempunyai nama, beliau terus mencadangkan nama Pekan Beserah kerana dikaitkan dengan kehidupan seorang Islam yang sentiasa berserah kepada Allah dalam apa-apa jua perkara.  Kisah ini juga telah dibawa turun-temurun oleh rakyat tempatan dan dipercayai ramai.  Pada masa yang sama, perkara ini juga sebenarnya mampu mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa bercorak sejarah.

Selanjutnya, legenda juga direka adalah untuk menonjolkan tokoh-tokoh legenda.  Sebagai contoh, watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.  Hang Tuah diceritakan dan dilambangkan sebagai seorang yang sangat gagah perkasa. Sebagai buktinya, dia dapat mengalahkan orang Jawa yang mengamuk dan kemudiannya dilantik menjadi laksamana (Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim, 1986: 162).  Sehubungan dengan itu, perihebatnya tokoh ini di mata masyarakat telah digambarkan dalam Sejarah Melayu:

“Adapun akan Laksamana Hang Tuah barang tempat ia pergi, gegak-gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap lakunya.  Jika ia peseban, peseban gempar; jika ia di panggungan, panggungan gaduh dan segala perempuan Jawa anak-anak dara, jikalau ia berjalan ke pasar atau barang ke mana, banyaklah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di dalam pangkuan lakinya itu pun bangun hendak melihat Hang Tuah; itulah dipantunkan Jawa…”
Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menonjolkan tokoh Hang Tuah itu sendiri sekaligus mengangkat watak tersebut.

Fungsi legenda yang seterusnya adalah untuk memberikan hak legalisasi terhadap raja-raja yang berkenaan (Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim, 1986: 163).  Berhubung dengan hal ini, perihal menghubungkan tokoh-tokoh bersejarah dengan tokoh-tokoh legenda zaman dahulu sebenarnya bukanlah dibuat secara kebetulan, sebaliknya ada kepentingannya yang tersendiri, iaitu untuk kepentingan politik.

Keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa tokoh-tokoh sejarah yang dihubungkaitkan  dengan unsur-unsur legenda ini ialah raja-raja sendiri.  Hal ini demikian kerana, mereka berpendapat adalah menjadi haknya merajai sesebuah kerajaan kerana keturunannya sendiri berasal daripada raja-raja, baik raja tersebut muncul dalam bentuk mitos mahupun legenda.  Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986: 163), raja-raja ini berpendapat mereka bukan daripada manusia biasa dan dijadikan daripada hukum akal dan bersifat biologis.

            Di samping itu, legenda turut berfungsi untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat Melayu.  Hal ini sangat penting bagi memastikan kelestarian cerita-cerita terdahulu yang boleh dijadikan panduan buat generasi terkemudian baik sebagai hiburan, pengetahuan mahupun peringatan.  Hal ini dapat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah yang mengisahkan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat.  Kisah ini secara tidak langsung dapat membuatkan orang ramai memperingati peristiwa tersebut dan dibawa turun-temurun dari generasi ke generasi.


PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU TERHADAP TEKS SEJARAH LAIN

TUJUAN PENULISAN

a)      Sastera Sejarah adalah suatu bentuk penulisan yang menggabungkan unsur-unsur penulisan sejarah dengan unsur-unsur penulisan bukan sejarah atau sastera.  Kedua-dua unsur tersebut diolah dengan indah oleh pengarang istana Melayu untuk menggambarkan konsep sejarah zaman silam masyarakat Melayu.  Oleh itu karya sastera sejarah bukanlah karya sastera sepenuhnya sebaliknya mengandungi unsur-unsur peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman lampau.
b)      Antara contoh karya sastera sejarah ialah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Kelantan, Misa Melayu, Hikayat Johor, Salasilah Melayu Bugis , Tuhfat Al Nafis dan lain-lain.
c)      Sastera sejarah berperanan memberikan pegabsahan kepada golongan bangsawan atau pemerintah, memastikan kewujudan serta kelangsungan taat setia rakyat terhadap golongan raja, disamping mengemukakan kisah-kisah yang dianggap oleh pengarang mempunyai makna dan kepentingan sejarah.
d)     Contoh Hikayat Merong Mahawangsa menunjukkan pengarang menyatakan tujuan mereka menulis. “Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang terkemudian daripada kita ini, serta dikurniai dengan sejarahnya”.
e)      Hikayat Melayu menyusurgalurkan Keturunan Raja-raja Melayu sehingga berkesinambungan kepada keturunan raja Siak dan teks ini juga sarat dengan unsur sastera yang bercampur gaul dengan unsur sejarah Siak.
f)       Hikayat Melayu juga mempunyai tujuan mengapa ia nya ditulis walaupun tidak ditulis pada mukadimahnya.
g)      Karya sastera sejarah lahir di istana dan dikarang oleh penulis golongan istana yang mempunyai daya kreatif yang tinggi untuk merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu dan Negara kota.  Biasanya karya sastera sejarah dihasilkan atas perintah raja atau pemerintah. Karya sastera sejarah juga berfungsi sebagai wadah nasihat, pengajaran, panduan dan petunjuk kepada golongan pemerintah dan pembesar.

SIFAT KEAKUAN

a)      Sifat keakuan atau individu sebagai pemilik teks dianggap sebagai suatu perubahan yang besar dalam penulisan teks sastera sejarah berbanding genre teks sebelumnya.
b)      Contohnya Silsilah Raja-raja Melayu dan Bugis ditulis oleh Raja Ali Haji dan Hikayat Melayu ditulis oleh Tengku Said manakala penyalinnya ialah Muhammad Nuruddin Aceh.

PERANAN PENGARANG

a)       Peranan pengarang Melayu tradisi melalui faktor luaran dan dalaman mempengaruhi pengarang untuk melahirkan teks tersebut.
b)       Contoh Hikayat melayu yang diselenggarakan dan diberikan judul oleh Muhammad Yusoff Hashim merujuk versi ke 6 iaitu versi teks Sejarah Melayu dari versi panjang.
c)       Teks dirawikan oleh Tengku Said dari keturunan Siak pada 23 Safar, hari Ahad tahun 1272 Hijrah dan disalin semula oleh Muhammad Nuruddin Acheh di Betawi.
d)       Pengaruh permasalahan mengenai judul.
e)       Sastera yang ditulis kerap kali mengalami perubahan.
f)        Naskah diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad telah menggunakan judul Sulalatus Salatin iaitu nama asal bagi Sejarah Melayu.
g)       Contohnya Muhammad Yusoff Hashim menyatakan bahawa Hikayat Melayu mempunyai berbagai judul dan teks ini dikelompokkan sebagai teks versi panjang. 
h)       Peranan pengarang sebagai dagang yang mengulang kembali teks Kanon iaitu Sejarah Melayu.
i)         Contoh bahagian awal penulisan Tuhfat al Nafis menjadi rujukan penting kepada Hikayat Melayu terutamanya bahagian agenda pengarang melahiran teks.

PENSEJARAHAN

a)       Persejarahan melalui penggunaan pelbagai jenis sumber menunjukkan bahawa sejarawan melayu bukan mereka idea sejarah meraka malah telah menghasilkan idea sejarah yang bersifat saintifik.
b)       Contohnya Muhammad Yusoff Hashim penyelenggara kepada Hikayat Siak. Beliau membuat analisis tentang asal usul teks dan perbincangan tentang mitod, pergelutan kuasa, bahasa dan sedikit perbandingan Hikayat Siak dengan Tuhfat al Nafis.


SENARAI TEKS SEJARAH MELAYU

1. HIKAYAT MELAYU (1998)
v  Merupakan teks sastera sejarah versi Tengku Said. 
v  Hikayat Melayu menyusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu sehingga berkesinambungan kepada keturunan raja Siak dan teks Hikayat Melayu juga sarat dengan unsur sastera yang bercampur gaul dengan unsur sejarah Siak.
v  Sebagai sebuah teks sastera sejarah, Hikayat Melayu juga mempunyai tujuan yang tertentu mengapa ia ditulis. Pada bahagian mukadimahnya tidak ada langsung petikan yang menunjukkan teks itu ditulis untuk “tujuan menyukakan rajanya” ataupun “supaya diketahui oleh anak cucu yang terkemudian” melainkan hanyalah disebut oleh pengarang, seperti contoh petikan berikut, “Inilah ceritera Raja Iskandar Zulkarnain tertulis di dalam negeri Betawi kepada 24 Julai tahun 1893” (Hikayat Melayu. 1998: 1).
v  Teks ini juga memaparkan dengan jelas tarikh dan tempat, bila dan di mana teks Hikayat Melayu ini ditulis. Ia bersesuaian dengan ciri-ciri teks sastera sejarah itu sendiri yang dilihat telah melepasi tahap genre sastera sebelumnya yang kebanyakannya tidak memaparkan siapa pengarang, bila dan di mana ia ditulis.
v  Sebagai sebuah teks sastera sejarah, teks Hikayat Melayu (1998) memperlihatkan gaya penulisan sastera di bahagian awal penceritaannya dengan kemasukan unsur sastera seperti mitos dan legenda.
v  Secara keseluruhannya, gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan teks ini ialah bahasa Melayu klasik yang biasa digunakan dalam penulisan teks sastera sejarah.

2. TUHFAT AL NAFIS (1982)
  • Tuhfat Al-Nafis merupakan kitab sejarah yang terpenting dalam kesusasteraan Melayu selepas Sejarah Melayu, iaitu karya Tun Sri Lanang, seorang Bendahara Johor sekitar tahun 1612.
  • Teks Tuhfat al Nafis dikenali sebagai sastera Melayu Klasik yang berbentuk lisan atau sastera yang dicipta daripada ucapan.
  • Berdasarkan pendapat ahli sejarawan, Raja Ali Haji merupakan individu yang berperanan besar dalam mengarang teks Tuhfat al-Nafis. Namun begitu, terdapat juga pendapat yang mengatakan teks ini merupakan sebuah teks yang dikarang bersama oleh Raja Ali Haji dengan ayahnya, iaitu Raja Ahmad.
  • Raja Ali merupakan seorang intelektual terkenal di penghujung abad ke 19 yang menghasilkan karya bukan hanya sastera malah ada juga dalam bidang lain seperti agama, sejarah, bahasa dan budaya Melayu.
  • Teks ini telah diisalin untuk disimpan di Istana Diraja Terengganu pada pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918).
  • Merupakan penulisan Sejarah Istana Melayu Tradisional, karya ini  mula ditulis di Istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau di bawah pengaruh Bugis.
  • Virginia Matheson menyebut karya Raja Ali Haji ini sebagai catatan abadi tentang kerajaan Johor-Riau. Menurut Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid, tidaklah sempurna bagi seseorang sejarawan yang menulis sejarah negeri Melayu, terutama Johor, Riau dan Selangor, jika tidak merujuk pada karya ini.
  • Dalam karya Tuhfat Al-Nafis, beliau lebih cenderung dengan suku kaum Bugis. Hal ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Arba’iyah Moham Nor, iaitu beliau mengatakan tema Tuhfat Al-Nafis dikatakan lebih tertumpu kepada cerita raja-raja dan rakyat Bugis atau boleh dianggap sebagai Bugis Centric. Beliau juga sedaya upaya menjadikan Tuhfat Al-Nafis sebagai alat untuk mempertahan kedudukan suku Bugis dalam kesultanan Melayu terutama Joho

3. HIKAYAT SIAK (1992)
Ø  Hikayat Siak ialah hikayat yang mengisahkan sejarah kerajaan Siak. Hikayat ini ditulis berdasarkan permintaan salah satu ahli keluarga kerajaan Siak.
Ø  Hikayat Siak terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan kutipan daripada Sulalatus Salatin, yang mengisahkan asal usul raja-raja Melayu. Bahagian ini menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka. Bahagian kedua mengisahkan kebangkitan Siak dengan melemahnya Johor, yang sebelumnya membawahi Siak.
Ø  Manuskripnya banyak memerihalkan situasi politik Johor.
Ø  Ditulis merujuk kepada sejarah Kesultanan Minangkabau tetapi banyak menyebut tentang politik Johor lantaran penglibatan Raja Kecil.
Ø  Banyak menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718. Keseluruhan tema teks ini adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai keturunan warisan Kesultanan Melaka.

4. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (1991)
  • Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.Teks yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah.
  • Hikayat merong mahawangsa merupakan salah sebuah karya agung. Karya ini selesai disalin semula iaitu pada tahun 1316. Fakir diminta oleh Sultannya iaitu sultan Muadzam Shah untuk menulis hikayat. Bertujuan untuk memastikan agar anak cucu keturunan sultan kedah mengetahui tentang asal usul, peraturan segala raja-raja Melayu dan istiadat raja-raja Melayu
  • Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.
  • Teks ini bermula daripada pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agong dari Macedonia hingga ketibaan Islam abad ke 12.
  • Turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
  • Tiada yang tahu bila teks ini pertama kali dikarang.
  • Ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat Merong Mahawangsa ditulis pada abad ke 19 berdasarkan peristiwa pembakaran salinan buku ini atas perintah kerajaan Siam.
  • Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara pada abad ke 19 dan awal abad ke 20.
  • Segala bentuk, nilai ilmu, nilai budaya, seni bahasa, kepengarangan dan lain-lain lagi memperlihatkan karya ini adalah antara karya tradisional yang wajar diberikan perhatian memandangkan ia telah menjadi warisan Melayu yang agung sejak dari dahulu lagi.
  •  
5. HIKAYAT RAJA PASAI (1987)
  •  Hikayat Raja Pasai merupakan salah satu daripada karya ulung dalam dunia Melayu yang menjadi warisan temurun Melayu. Karya ini mempunyai pelbagai versi bertepatan dengan perkembangan semasa.
  • Pengkaji-pengkaji dalam bidang manuskrip seperti Russell Jones dan Ismail Ahmad bertindak sebagai antara penyelenggara bagi Hikayat Raja Pasai ini.
  • Menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara.
  • Mengisahkan masyarakat melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan jawi).
  • Tarikah awal hikayat ini ditulis tidak dapat dikenalpasti.
  • Penyelidik menyatakan teks asal teks ini ditulis sekitar 1360 Masihi kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.
  • Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit.


No comments:

Post a Comment