Tun Seri Lanang
Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya Tun
Muhamad bin Tun Ahmad, bergelar Paduka Raja seorang yang berjawatan Bendahara
Melaka dan Johor.Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun
1565 dan hidup pada akhir abad ke-17. Beliau ialah anak kepada Paduka
Temenggung Ahmad. Beliau ditakdirkan menjadi Uleebalang Kenegerian Samalanga,
iaitu pemerintah otonomi di Aceh serta penasihat kepada tiga sultan Aceh, iaitu
Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan
Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Sebelum Tun Seri Lanang
menjadi penulis atau pengarang, beliau mempunyai darah keturunan Tun Perak,
bendahara Melaka yang bijak dan membawa Melaka ke persada dunia. Beliau juga
pernah menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil
antara tahun 1580 dan 1615 (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah
Mohd Rashid Md. Idris 2016: 42).
Beliau
pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat
Syah tidak berminat untuk memerintah Johor lagi. Pada masa itu, beliau lebih
terkenal sebagai pemimpin tetapi beliau mempunyai minat dalam dunia
kepengarangan Titah raja dilakukannya dengan sempurna. Raja Abdullah telah
meminta beliau mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612. Beliau pun
bermula mengarang pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor dan kemudian
bersambung mengarang di Aceh. Selepas selesai mengarang Sejarah Melayu, Tun
Seri Lanang sedar bahawa karyanya mengenai salasilah raja-raja Melaka. Oleh
itu, beliau telah memberi nama Sulalatus Salatin untuk teks tersebut yang
bermaksud “Salasilah Segala Raja-Raja”.
Tun Seri
Lanang merupakan penulis atau pengarang karya agung yang amat berjasa kepada
dunia Melayu sehingga kini. Beliau ialah tokoh pengarang yang terkena dalam
penghasilan buku sejarah, adat istiadat dalam peradaban, kebudayaan dan sistem
pemerintahan Melayu. Beliau bertanggungjawab untuk mengembangkan agama Islam di
Semenanjung Melayu ketika diberi kepercayaan memerintah Samalanga, Aceh,
Indonesia pada tahun 1645M.
LATAR BELAKANG TUN SRI LANANG
Tun Sri Lanang adalah nama timang-timangan
yang diberikan kepada Tun Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan
seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah
dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau adalah
Bendahara Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah dalam peperangan dengan
Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Beliau
kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri
Samalanga.
Pada ketika
itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor yang mengikut beliau ke Aceh dan
dikatakan seramai ribuan orang yang mengikut beliau ke sana. Sultan Iskandar
Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama Baginda dan diberi delaran
‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang’. Beliau telah mendirikan
pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri
pesisir timur Aceh. Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri
Samalanga pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan
telah dimakamkan di sana. Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan
negeri Samalanga sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga
kini pun kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang
ingin mendalami ilmu agama.
Tun Sri
Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani
dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar
penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut
Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakukan
Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau
kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan
penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu
pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612
Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan
lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.
PERANAN DAN SUMBANGAN TUN SRI LANANG
Tun Seri Lanang telah mengarang sebuah
karya yang menjadi rujukan dan peringatan bagi bangsa Melayu, iaitu Kitab
Sejarah Melayu. Pada tahun 1612, Raja Abdullah menitahkan Tun Seri Lanang
menulis Sejarah Melayuadalah untuk memastikan masyarakat dapat memperolehi
manfaat daripada penulisan beliau. Berikut ialah bukti yang terdapat di dalam
karya tersebut, iaitu Sulalatus Salatin;
“Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari pertuturan segala
raja-raja Melayu dengan isti`adatnya supaya dedengar oleh anak cucu kita yang kemudian
dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan syahadan beroleh faedahlah
mereka itu daripadanya”
(Sejarah Melayu, 1998: 65-66)
Kitab ini telah dikatakan sebagai Sejarah
Melayu yang penting, dan telah menjadi sebagai sumber pensejarahan Melayu dan
dokumen kebudayaan Melayu yang penting di Malaysia. Sejarah Melayu penuh dengan
pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa serta
bangsa-bangsa di Nusantara. Terdapat berbagai-bagai peristiwa yang telah
tercatat dalam karya ini seperti salasilah raja-raja, kepahlwanan, kasih sayang
dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman
dahulu.
Sejarah
Melayu menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami
zaman keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis. Isi ceritanya mengandungi
pelbagai catatan raja dan undang-undang bernegeri dan berkerjaan, asal usul
raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Sejarah Melayu juga
menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sebuah negara kota atau
kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.
Menurut
Mohamad Daud Mohamad (1987: 123), Tun Seri Lanang juga seorang artis, seorang
pemimpin. Perasaannya halus, jiwanya terbuka dan otaknya cepat menangkap segala
kesan yang lihat dan dengar di sekitarnya. Tun Seri Lanang telah dianggap
sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu”, beliau telah menyalin dan menyusun
semulaSejarah Melayu dan membuat banyak perubahan, menambah nama yang kurang,
memperbaiki nama yang buruk sehingga buku itu dijadikan sebuah buku klasik yang
amat indah baik dalam isi dan sususan kata-katanya (Mohamad Daud Mohamad 1987:
124).
TEMA DAN PERSOALAN
Kegemilangan pemerintahan dan
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka telah melahirkan bendahara yang berwibawa
dalam memelihara institusi dan kedaulatan raja-raja Melayu. Ketokohan dan
keunggulan bendahara seperti Tun Perak misalnya, dikenali sebagai wira,
perancang strategi dan penghubung diplomatik. Keturunan bendahara juga
mewariskan pelopor budaya, pahlawan serta pujangga Melayu dan kesinambungan
raja-raja Melayu iaitu Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad anak kepada Tun Ahmad
juga dikenali sebagai Tun Seri Lanang, lahir pada tahun 1565 Masihi di Seluyut,
Johor.
Sebelum peristiwa Aceh menyerang Johor dalam Perang Batu Sawar
pada tahun 1613 Masihi, Tun Seri Lanang telah dititahkan oleh Raja Abdullah,
adinda Sultan Alauddin untuk menyusun kitab Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu
pada 13 Mei 1612 Masihi. Tun Seri Lanang ialah seorang genius Melayu dan
berbakat besar menghasilkan sebuah karya agung sehebat menulis Sulatus Salatin.
Tun Sri Lanang telah menyusun Sejarah Melayu dari aspek-aspek
ekonomi, politik, sosial dan sebagainya yang terjadi pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Berdasarkan Sejarah Melayu yang telah dipaparkan oleh Tun Seri Lanang
lebih memfokuskan kepada aspek sejarah. Ia merupakan satu lukisan kebudayan
Melayu. Sejarah Melayu adalaha hasil pensejerahan Melayu yang ulung. Pensejarahan
merupakan hasil tafsiran ahli sejarah mengenai masa lampau. Walaupun penulisan
sejarah atau historiografi itu berbentuk sastera namun di dalamnya tmengandungi
fakta sejarah. Fakta-fakta sejarah yang terdapat dalam Sejarah Melayu ini
merupakan satu-satunya sumber sejarah peradaban atau kebudayaan Melayu.
STRUKTUR MASYARAKAT
Sejarah Melayu juga mempamerkan gambaran tentang
struktur masyarakat Melaka yang terdiri daripada berbagai-bagai peringkat dan
golongan masyarakat. Antaranya termasuklah masyarakat dari golongan pemerintah
dan kerabat-kerabat diraja, yang kemudiannya diikuti oleh golongan
pentadbir-pentadbir yang terdiri daripada pembesar-pembesar yang menduduki
kelompok bangsawan Melayu.
Golongan
dalam kalangan ulama turut menduduki taraf istimewa di sisi kerajaan Melaka.
Walaupun mereka bukan sebahagian daripada keluarga istana, namun ramai antara
para ulama ini mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja Melaka. Golongan yang
dianggap paling rendah sekali kedudukannya dalam struktur masyarakat pada masa
itu ialah hamba abdi.
Disamping itu, orang-orang asing juga
digambarkan oleh Tun Seri Lanang berdamping rapat dengan istana Melaka. Ramai
di antara mereka ialah saudagar-saudagar Keling seperti Nila Sura Dewana,
Kitul, Aki Manu Nayan yang menjadi seorang pedagang dan seorang saudagar Keling
yang paling kaya, juga menjadi Syahbandar, iaitu Raja Mendaliar. Terdapat juga
orang jawa yang mempunyai kedudukan yang sama ialah Patih Adam iaitu seorang
pangeran dari Surabaya.
NILAI KEMANUSIAAN
Yayasan Tun Sri Lanang (Tun Sri Lanang Foundation) merupakan lembaga
berbentuk yayasan yang bergerak dalam bidang sosial, kegamaan dan kemanusiaan
yang secara resmi didirikan pada 13 Mei 2009. Yayasan Tun Sri Lanang didirikan
dengan maksud dan tujuan untuk melestarikan nilai-nilai sejarah Tun Sri Lanang
dan meneruskan perjuangannya yang leluhur terutama di bidang sosial, keagamaan
dan kemanusiaan .Untuk merealisasikan maksud dan tujuan tersebut, Yayasan Tun
Sri Lanang merencanakan dan telah menjalankan kegiatan-kegiatan di antaranya
sebagai berikut:
- Di Bidang Sosial, mendirikan lembaga pendidikan non formal (kursus keterampilan), panti asihan, panti jompo dan panti wreda, ruma sakit, poliklinik, penelitian di bindang ilmu pengetahuan, seminar, penelitian dan pengadaan buku-buku sejarah.
- Di Bidang Kemanusiaan, memberikan bantuan kepada korban bencana alam, tuna wisma, fakir-miskin, gelandangan, melestarikan lingkungan hidup, perlindungan konsumen, mendirikan dan menyelenggarakan rumah singgah dan rumah duka, dan pengungsi akibat perang.
- Di Bidang Keagamaan, medirikan sarana ibadah, pondok pesantren, dan madrasah, meningkatkan pemahaman keagamaan, menerima dan menyalurkan amal zakat, infaq, dan sedekah, melaksanakan syiar agama dan studi keagamaan.
Apakah pendidikan Tun Sri Lanang ya?
ReplyDeleteTun Sri Lanang lulusan ijazah,master dan Phd dari oxford/cambridge...havard...
DeleteTun sri lanang adalah talibarut portugis. Sanggup bekerja sama dgn puak Kristian menulis sejarah Melayu dengan penuh penipuan. Bangsa Melayu bukan bangsa yang digambarkan dalam salaltus salatin.... Bangsa Melayu kena game dgn tali barut kafir
ReplyDelete