Nukilan Si Pewaris Sastera

Nukilan Si Pewaris Sastera

Thursday, 31 May 2018

NOTA


GAYA BAHASA DALAM TEKS SULALATUS SALATIN

  • Menurut Plato, keindahan bahasa terbahagi kepada dua iaitu dunia idea dan indah dan sumber segala keindahan adalah paling sederhana. Perkara ini dapat dilihat didalam teks sulalatus salatin di mana kita dapat dilihat unsur keindahan bahasa sering ditemui dalam teks agung  melayu dan hikayat melayu adalah gaya bahasa. Unsur–unsur keindahan bahasa ini dapat diaplikasikan untuk menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan.
Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan kata – kata dan penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan. Ia juga dapat melembutkan lagi makna percakapan dan juga mengindahkan bahasa itu.

Berikut merupakan gaya bahasa yang terdapat di
dalam teks sulalatus salatin.
1.  Tun seri lanang menggunakan gaya bahasa simile
Ø  Iaitu penggunaan
perkataan seperti, bak, laksana, dan
bagai

Ø Contoh ayat; seperti ular berbelit – belit lakunya.

2.  Unsur gaya bahasa personafikasi
·     
Personafikasi ialah pengorangan atau penginsanan. Pengarang
memerikan sifat manusia dari segi perasaan, perwatakan atau tindak – tanduk
kepada benda yang mati, binatang atau hal yang abstrak.
·     
Pengarang mengunakan personafikai bagi menggambarkan
sesuatu perkara yang berkaitan dengan suasana, pemerintah atau raja – raja
melayu.
·     
Contoh; maka
bertemulah kedua gajah itu lalu berperang
3. 
Gaya bahasa hiperbola
§  Gaya bahasa ini dapat menarik perhatian pembaca.
Unsur ini adakala dilihat tidak logik namun menarik untuk dibaca
§  Contoh;“daripada
kebanyak rakyat berjalan itu segala hutan belantara pun habis menjadi padang,
bumi pun bergetar seperti gempa, gunung – ganang pun bergerak, runtuh
kemuncaknya.”








WATAK-WATAK PEMBESAR NEGERI (sulalatus salatin)
TUN PERAK

Latar:
Nama peribadi Tun Perak. Anak Bendahara Seri W4 Raja. Saudara lain ialah Tun Kudu dan Tun Perpillh Putih. Mula dilantik sebagai Bendahara pada zannin pemerintahan Sultan Muzaffar syah. Memegang jawatan Bendahara di bawoh pemerintahan empat orang sultan iaitu zaman :
·  Sultan Muzaffar Syah
·  Sultan Mansur Syah
·  Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
·  Sultan Mahmud Syah.

Tun Perak tersingkir dari mendapat jawatan Bendahara (mengikut adat tradisi) selepas kemangkatan Bendahara Seri Wak raja. Tun Perak membawa diri ke Kelang,dilantik sebagai penghulu orang Kelang.

Ketokohan clan kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman serangan Siam --> kecerdikan Tun Perak mengusir ancaman Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati sultan --> Tun Perak dilantik sebagai Bentara.

Konflik dengan Seri Nara Diraja (pegang jawatan Bendahara). Konflik dapat diselesaikan --> Tun Perak didudukkan ke jawatan Bendahara setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu.

(i)Sebagai ketua angkatan perang yang berani, cekap dan pintar.

a.  Menewaskan Siam.
Tun Perak bijak mengatur strategi perang untuk mencapai kejayaan tanpa pertumpahan darah. Contoh ketika Melaka hadapi serangan Siam.
guna muslihat/tipu helah mengelirukan Siam —> dan tambat puntung api pada kayu-kayu disepanjang sungai. Kelihatan api begitu banyak.Sangkaan Siam, angkatan Melaka amat ramai.
b. Mengetuai angkatan menakluki Pahang.
Berjaya menakluki Pahang. Menawan raja Pahang,dibawa ke Melaka ---> Pahang jadi negeri jajahan takluk Melaka.
c. Menyerang Pasai.
Mengetuai angkatan Melaka ke Pasai membantu Sultan Zainal Abidin bagi menyelesaikan masalah perang saudara dan perebutan kuasa.
berjaya menabalkan Sultan Zainal Abidin sebagai Raja Pasai.

(ii) Sebagai Pegawai Kanan Pentadbiran yang cekap menjalankan tugas-tugas mentadbir Melaka.
Bendahara Paduka Raja memiliki kepandaian serba boleh;
a.   Bijaksana dalam karang mengarang.
Mengarang surat yang dihantar ke Siam. Isi kandungan surat terselit unsur diplomasi, maksud mendalam tersirat dalam baris-baris yang ringkas, pendek clan jelas.
b.  Bijaksana dalam ilmu firasat dan ramalan.
Dapat meramal dengan tepat nasib Tun Mutahir setelah melihat alamat awal sewaklu Tun Mutahir masih remaja;
"Cahaya dari langit memancar di kepala Tun Mutahli, cahaya itu hilang dengan cepat. "
- ramalan : Tun Mutahir akan jadi orang besar dan kebesaran melebihi kebesaran Tun Perak, tetapi tidak akan kekal.

(iii) Sebagai Penasihat Sultan
Kedudukan Bendahara amat rapat dengan sultan sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan, biasanya sultan mendapatkan nasihat Bendahara terlebih dahulu. Misalnya, rancangan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang kerana baginda murka di atas tindakan raja Pahang mencabar/menghina raja Melaka. Bendahara menasihatkan agar tidak menyerang Pahang kerana raja Pahang dan raja Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. Nasihat Bendahara diikuti. Melaka bertindak ke atas Pahang dengan hanya menghantar utusan Imengajar' perbuatan raja Pahang.

(iv)   Sebagai seorang pembesar yang 'berkuasa' dalam menentukan perlantikan sultan dan bertanggungjawab menabalkan sultan menduduki takhta kerajaan.
Kedudukan Bendahara amat rapat dengan sultan. Sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan, biasanya sultan mendapatkan nasihat Bendahara terlebih dahulu. Misalnya, rancangan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang kerana baginda murka di atas tindakan Raja Pahang mencabar/ menghinan raja Melaka. (sama seperti diatas) Bendahara menasihatkan agar tidak menyerang Pahang kerana raja Pahang clan raja Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. (sama seperti ii atas)
- Nasihat bendahara diikuti. Melaka bertindak ke atas Pahang dengan hanya menghantar utusan Imengajar' perbuatan Pahang.

(v)  Bendahara sebagai seorang pembesar yang berkuasa dalam menentukan perlantikkan sultan dan bertanggungjawab menabalkan menduduki takhta kerajaan.

 a.  Sebagai pembesar berkuasa dan berwibawa, Bendahara Paduka Raja mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan Melaka.
- Setelah anaknya, Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad (dalam episod bermain sepak raga), Bendahara melafazkan kata-kata, "..tidak akan bertuankan anak raja seorang ini".
- Kata putus Bendahara membawa kesan kepada perlucutan hak Raja Muhammad sebagai pewaris takhta Melaka. Raja Muhammad tersingkir ke Pahang.

b. Bendahara Paduka Raja melaksanakan wasiat sultan untuk melantik Sultan Mahmud Syah sebagai pengganti takhta Melaka selepas kemangkatan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
- Bendahara berusaha menjaga Sultan Mahmud Syah (masih kecil) claripacla dibunuh oleh Raja Tua demi melaksanakan wasiat.
- Raja Tua iaitu nenda Sultan Mahmud Syah mahukan Raja Menawar dilantik sebagai pemerintah Melaka.
- Bendahara tetap mengikut wasiat menabalkan Sultan Mahmud Syah.

(vi) Sebagai seorang pembesar yang tegas dan setia.
Bendahara sangat setia kepada sultan Melaka Setiap perintah sultan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan, seterusnya menaikkan martabal Sultan Melaka.
Bendahara mengetuai angkatan Melaka menolong Sultan Zainal Abidin merebut takhta Pasai.
Bendahara tidak teragak-agak bertindak tegis membuat keputusan enggan membantu Sultan Zainal Abidin bagi kali kedua setelah Sultan Zainal Abidin enggan menghantar surat sembah ke Melaka.







SERI NARA DIRAJA (TUN ALI)

Latar Belakang
Tun Ali ialah anak Mani Puriclan bersama isterinya Tun Ratna Sandari (Puteri Seri Nara Diraja). Adiknya Tun Ratna Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah –> lahir putera Raja

Peristiwa-peristiwa Penglibatan Seri Nara Diraja dalam Kerajaan Melaka.

(i)  Terlibat campur tangan dalam rampasan kuasa takhta Melaka.
Pembesar terpenting (orang kuat) membantu Raja Kasim dalam rancangan merampas takhta Melaka yang dikuasai oleh Raja Rekan. Rampasan kuasa berhasil. Tokoh yang memainkan peranan utama menjayakan rancangan rampasan kuasa ialah Seri Nara Diraja.
Seri Nara Diraja sangat berpengaruh terhadap Sultan Muzaffar Syah --pembesar yang sangat rapat dengan sultan, kata-kata clan kehendak Seri Nara Diraja dituruti -kesannya menyebabkan Bendahara Seri Wak Raja terasa tersingkir, tidak dipedulikan –tindakan nekad membunuh diri dengan minum racun.

(ii)  Bertindak bertentangan adat kebiasaan amalan di istana Melaka.
Jawatan Bendahara sepatutnya diwarisi oleh keturunan bendahara selepas kematian Benclahara. Seri Wak Raja, sepatutnya diganti oleh Tun Perak.
Tun Ali telah berjaya mengambil alih kedudukan/ jawatan Bendahara bergelar Bendahara Seri Nara Diraja.
- Tun Perak membawa diri ke Kelang --- dilantik sebagai penghulu orang-orang Kelang.

(III) Terlibat dalam perselisihan dan perpecahan di kalangan pembesar.
Konflik di kalangan pembesar-pembesar tercetus antara dua puak-puak yang diketuai oleh Seri Nara Diraja dan puak dari keturunan Bendahara (Tun Perak).- Puncak konflik Tun Perak terlibat semula dalam istana --- dilantik sebagai Bentara kemudian
sebagai Perdana Menteri  setelah berjaya mengusir ancaman Siam.
Perpecahan semakin ketara menyebabkan Sultan Muzaffar Syah bimbang membawa kesan buruk kepada kerajaan.

(iv) Seorang pembesar yang sangat berpengaruh.
Segala kemahuan Seri Nara Diraja diikut oleh Sultan Muzaffar Syah. Beliau bersedia menyerahkan jawatan Bendahara kepada Tun Perak setelah berkahwin dengan saudara Tun Perak iaitu Tun Kudu.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu, yang dikasihi demi kepentingan keuntuhan pentadbiran Melaka.
Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudii menamatkan konflik dalaman kerajaan Melaka.

(v) Seorang Pembesaryang bijaksana, berani dan berpandangan jauh.
Seri Nara Diraja berani menentang titah Sultan Mansur Syah. Beliau tidak melaksanakan tilah menghukum bunuh Hang Tuah. Mengikut tafsiran Seri Nara Diraja —> hukuman yang dijatuhkan ke atas Hang Tuah sebagai satu tindakan yang akan merugikan serta membawa kepada penyesalan.
Seri Nara Diraja bijaksana dalam melihat kelebihan Hang Tuah untuk kepentingan Kerajaan Melaka.
Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan ternyata memberi suatu kemenangan Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan ternyata memberi suatu kemenangan --> berjaya membuktikan bahawa Hang Tuah sangat berguna/menguntungkan istana Melaka —> Hang Tuah yang setia berjaya menghapuskan Hang Jebat yang membuat huru-hara di Melaka.

Seri Nara Diraja beroleh tiga orang anak bersama isterinya Tun Kudu.
(a)  Tun Mutahir (kemudian dilantik Bendahara bergelar Bendahara. Seri Maharaja)
(b)  Tun Tahir (dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja)
(c)  Tun Senaja (diperisterikan oleh Sultan Alau'd­Din Riayat Syah).






TUN MUTAHIR (BENDAHARA SERI MAHARAJA)

Latar belakang:
anak Seri Nara Diraja (5 orang anak semuanya).
Seri Nara Diraja wasiatkan anak-anak dipelihara Bendahara Paduka Raja. Wasiatkan harta/emas sebanyak 5 buah peti.
Saudara lelaki Tun Mutahir ialah Tun Tahir. Bendahara Paduka Raja pernah membuat ramalan;
"Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Danpada hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tidak kekal. " (Sulalatus Salatin, hlm. 146)
Ramalan setelah melihat cahaya turun memancar dari langit di kepala Tun Mutahir pada suatu subuh.
Bendahara menguji kebolehan Tun Tahir dan Tun Mutahir dalam perniagaan --> beri pinjam 10 tahil emas tiap Seorang ---) dapat untung yang banyak barulah harta peninggalan diserahkan.
Tun Mutahir sejak zaman remaja menceburkan dari dalam perniagaan. Perniagaan sering mendapat keuntungan. ('Adapun akan Tun Mutahir selamaya ia menyuruh mencari itu, tiada pemah rosak, maka ia menyuruh belayar juga.) (Sulalatus Salatin, hlm. 148)
Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung, bergelar Seri Maharaja. Pemerintahan Melaka ialah Sultan Mansur Syah. (saudaranya Tun Tahir dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja. Tun Abdulah bergelar Seri Nara Wangsa).
Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara sewaktu Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (setelah kematian Bendahara Putih). Pemilihan Tun Mutahir dibuat oleh bonda Sultan Mahmud Syah daripada Sembilan orang calon yang disayangi Sultan Mahmud Syah.
Tun Mutahir bergelar BendaharaSeri Maharaja 4 Melaka bertambah makmur, mashyur di kalangan pedagang-pedagang di Melaka zaman ini.
- Tragedi berdarah ---> Bendahara mati dibunuh Sultan Mahmud Syah. (lihat huraian peristiwa di bawah).

Sifat-sifat Tun Mutahir:

1.     Saksama, adil, murah, terlalu balk budi pekertinya. (Sulalatus Salatin, hlm. 206)
2.     Hubungan balk dengan pedagang- pedagang 4 menjaga kebajikan pedagang- pedagang di Melaka hingga namanya termasyhur di kalangan mereka. Hal ini jelas dari nyanyian saudagar-saudagar;
"Selamat Bendahara Melaka, pisang jarum, air Bukit China, Bendahara Seri Maharaja. " (Sulalatin Salatin, hlm. 206)
3.     Bijaksana dalam berurus niaga –> emas yang diboil pinjam sebanyak 10 tahil diperdagangkan --> mendalml keuntungan (laba) yang banyak. Begitu juga enum peninggalan ayahnya dijadikan sebagai modal perniagaan –> beroleh untung yang banyak.
4.     Dihormati dan disanjung kerana ketokohan ---> bukan sahaja disebabkan oleh beliau seorang pembesar  terkenal tetapi kerana keperikemanusiaan mulia ymig dimilikinya. Misalnya -- jika anak-anak raja datang mengadap, Bendahara tidak turun menjemput. Manakala anak-anak raja, akan naik duduk di balai setelah ditunjukkan oleh Bendahara.
5.     Berani dan bijak bermain senjata –> dilantik sebagai  ketua Angkatan Perang Melaka membantu Pahang menentang serangan Legor.
6.  Pembesar berwibawa dan sangat berpengaruh. Contoh:sewaktu raja Kedah di Melaka untuk dinobatkan raja Kedah telah makan sisa makanan yang dimakan oleh Bendahara. Walaupun Bendahara menegahnya tetapi raja Kedah memberi alasan;
kerana Bendahara orang tua, pangkat bapa kepada beta. " (S, Salatin, hlm. 244)
Contoh lain:
Kapitan Mor, ketua angkatan Peringgi sewaktu menyerang Melaka mengakui bahawa selagi "..ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun besarnya angkatan Goa mau menyerang, Melaka tidak akan kalah. "(Sulalatus Salatan, him.245)
7.  Seorang pembesar yang alim, pengetahuan tinggi dalam ilmu Islam. Jelas daripada hubungan rapat dengan alim ulama di Melaka seperti Mahkdum Sadar Jahan. Bendahara pernah berkunjung ke rumah Makhdum.
8.  Kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Bendahara tidak membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan malah melarang anak buahnya menentang atau melawan. Sebagai seorang pembesar yang sangat berpengaruh dan sangat kaya, Bendahara boleh menentang titah raja. Lebih-lebih lagi tuduhan ke atas Bendahara merupakan fitnah sernata­inata. Tetapi Bendahara tidak berbuat demikian, kerana Iii masih tetap berpegang teguh kepada "daulat dan derhaka" ---> pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya seperti kata-kata Bendahara,
"Hei, Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka," (Sulalatus Salatin, hlm. 257)
9.  Tragedi hitam dalam sejarah hidup Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara mempunyai anak perempuan yang cantik iaitu Tun Fatimah. Bendahara tidak menunjukkan Tun I atimah terlebih dahulu kepada raja Melaka Sultan Mahmud sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali.
Raja Dibaruh pernah mencadangkan kepada Bendahara supaya Tun Fatimah ditunjukkan kepada raja Melaka kerana;
"..yang istiadat raja Melayu, apabila tiada beraja perempuan anak Bendaharalah akan jadi Raja Perempuan. "(Sulalatus Salatin, him. 251 )
- Tun Mutahir menyedari/sedia memahami adat tersebut clan sengaja berbuat demikian dengan alasan;
"..akan patik ini orang jahat, patut same jahat juga. "(sulalatus Salatin, hlm. 251)
Tindakan Bendahara itu telah mencetuskan dendam di hati Sultan Mahmud Syah. Pada hari persandingan Tun Fatimah, barulah Sultan Mahmud Syah mengetahui Bendahara mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Sultan Mahmud Syah mula menaruh dendam, "...jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah balk anaknya tiada ditunjukkan kepada kita. " (Sulalatus Salatin, hlm. 251)

Punca fitnah ke etas Bendahara - rentetan peristiwa.
(i)      Raja Mendaliar berdendam kepada Bendahara kerana die pernah dimalukan di hadapan pembesar-pembesar. Pada suatu hari raya, Bendahara seclang di hadapan orang besar-besar menantikan raja keluar. Raja Mendaliar  terus masuk ke balairung dan terus menyernbah Bendahara. Bendahara menepis tangan Raja Mendaliar dan memaki hamun Raja Mendaliar kerana Yang Dipertuan belum lagi menjunjung duli.
(ii)  Nina Sura Dewa berdakwa dengan Raja Mendaliar –> kes dibawa kepada Benclahmo untuk diselesaikan. Oleh kerana hari hampir petang, Bendahara meminta kedua saudagar itu kembali dan meneruskan perbincangan pada keesokan harinya.
(iii) Pada sebelah malamnya Nina Sura Dewana datang ke rumah Bendahara dengan membawa hadiah sebanyak sebahara emas. Tanya memberitahu niat sebenarnya. Nina Sura Dewana mempersembahkan kepada Bendahara bahawa emas itu, ".akan   pembeli sirih pinang. (Sulalatus Salatin, him. 255)
(iv)     Kedatangan Nina Sura Dewana ke rumah Bendahara ---> diketahui oleh Kitul ---> bawa berita (fitnah) mengadu kepada Raja Mendaliar. Kitul berhutang pada Raja Mendaliar sebanyak sekati emas. Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa, "Nina Sura Dewana menghadiahkan sebanyak 10 kati emas kepada Bendahara clan bermuafakat akan membunuh Raja Mendaliar."
(v)  Raja Mendaliar berterima kasih kepada Kitu ldan  hutang Kitul dilupuskan
(vi) Raja Mendaliar terus pergi mendapatkan Laksamana Khoja Hassan –> beri sogokan emas (sekati emas) supaya Khoja Hassan dapat sampaikan berita (rahsia) kepada sultan. Berita yang disampaikan;
"..Datuk Bendahara hendak derhaka. Orang kaya persembahkanlah ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takhta kerajaan, menempa ciu emas dan kaus emas; kasadnya hendak naik raja dalam negeri Melaka ini." (Suialatus Salatin, hlm. 256)
(vii)    Sultan Mahmud Syah terus menerima berita (fitnah) yang disampaikan Laksamana Khoja Hassan kerana selama ini Sultan Mahmud Syah memang berdendam pada Bendahara. Apabila mendengar berita bahawa Bendahara hendak menderhaka, merupakan suatu peluang ibarat kata,
"..seperti orang mengantuk disorongi bantal; kerana baginda bersedia menaruh dendam akan Bendahara Seri Maharaja sebab anaknya TunFatimah itu .. "(Sulalatus Salatin, him. 257)




LAKSAMANA HANG TUAH

Latar Belakang:
Asal keturunan --> anak raja Bajung. Nama asalnya ialah Daeng Mempawah. Negeri Bajung dari kepulauan Mengkasar.
Gelaran Hang Tuah diberi oleh Sultan Mansur Syah. Ketika Hang Tuah dibawa ke Melaka, usianya dalam lingkungan 12 tahun.
Bijaksana dalam bermain senjata dan ilmu hulubalang.
Sahabat-sahabat terkenal seramai 8 orang -> Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
Sifat fizikal - segak, cerdik, perkasa clan tampan digilai anak-anak dara/perempuan.
Gelaran "Laksamana" anugerah sultan kerana berjaya mengembari seorang Jawa mengamuk.

Perwatakkan Hang Tuah

(i) Terlibat dalam peperangan;
Turut bersama dalam angkatan perang Melaka menyerang dan menakluki negeri- negeri lain (perluasan tanah jajahan dalam mengukuhkan kebesaran Melaka).
Mengiringi Bendahara Paduka Raja membantu Sultan Zainal Abidin dalam perang saudara merebt it takhta Pasai.
Mengiringi PadukaTuan dan Seri Bija Dimlo menentang angkatan perang Haru yang merosakkan jajahan Pasai dan tanah jajahan Melaka.
(ii) Sebagai pengiring dan pengawal sultan
-  Mengiringi Sultan Mansur Syah dalam rombon(lim Diraja ke Majapahit.
- Tanggungjawab Hang Tuah ---> mengawal keselamatan sultan.
(iii) Sebagai Panglima Mengetuai Angkatan Perang.
Hang Tuah mengetuai angkatan perang Melaka menumpaskan kegiatan lanun yang mengancam keselamatan Melaka - menentang Semerluki (anak Raja Mengkasar) yang menjalankan kegiatan perlanunan di Tanah Jajahan Melaka.
- Mengetuai angkatan Melaka ke Pahang ---> tujuan mengajar perbuatan sultan Pahang membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu Melaka.
- Mengetuai angkatan ke Siak ---> bertujuan mengajar perbuatan raja Siak membunuh seorang rakyat Siak tanpa memberitahu Melaka.
(v) Seorang 'hamba' raja yang sangat setia.
Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka tidak berbelah bagi. Hang Tuah seorang hulubalang yang amat setia, sanggup melakukan apa sahaja titah raja dan tanpa membantah atau mengancam keselamatan dirinya.
Tindakan Hang Tuah menunjukkan kesetiaan;
a.  Sanggup menentang Hang Jebat demi menjaga martabat raja Melaka. Walaupun Hang Jebat menderhaka kerana membela "kematiannya"/ membela keadilan terhadap kezaliman, namun Hang Tuah tetap menganggap tinclakan Hang Jebat Sebagai penderhakaan -> yang mesti dihapuskan.
b.  Kesetiaan Hang Tuah merawat, menjaga keselamatan Sultan Mahmud Syah ketika baginda mendapat sakit buang-buang air.

Sanggup masuk ke dalam lubang najis untuk menyelamatkan kuda kesayangan raja.








PERISTIWA DALAM BAB 1

Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.

 Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.

Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.



Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China. Baginda menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga.

Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.

Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.

 Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard.

Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa.

Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.


PERISTIWA DALAM BAB 2

Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia menaiki lembu putih.

 Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.

Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran.

Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala.

Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.

Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal.

Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat.

Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.

Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.

Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.



PERISTIWA DALAM BAB 3

Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar.

Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.

Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.

Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang".

Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.

Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.

Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.

Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu.  Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntah hantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.

Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.

Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.

Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.

Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.

Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.

Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.

Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.

Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi.  Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang.

Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.

Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya.

Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur.
Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung.

Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.

Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri.

Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.


PERISTIWA DALAM BAB 4

Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua.

Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.

Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan.

Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.

Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.

Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit.

Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.

Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk.

Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan.  Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka.

Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden Tengah.

Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka.

Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.

Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anak iaitu Raja Kassim.

SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim.

Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana.

Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh.

Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya.
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.


PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5

 Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.

 Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali.

 Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.

 Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi menteri.  Rakyat Melaka berpecah belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.

 Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.

Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari. 

Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.

Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari  Melaka . Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam.

Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah

Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera
Pura.

Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta  Tun Telanai dititahkan ke Siam.

Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam

Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.

PERISTIWA DALAM BAB 6

Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.

Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.

Penyadap  membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.

Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.

Penyadap  menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada.

Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.

Sultan  Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.

Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.

Tun  Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.

Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.

Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.

Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang  Tuah dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.

Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.

Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China.

Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.

PERISTIWA DALAM BAB 7

Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah.

Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.

Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang.

Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.

Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya.

Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir.

Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.

Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar.

Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan.

Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.

Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.

Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak ada yang  menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah.

Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.

Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.

Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.

Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.

PERISTIWA DALAM BAB 8

Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka.

Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula.

Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.

 Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan.  Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk meminta maaf.

Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.

Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.  Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.

Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri.

Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.  Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.

Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.

 Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka.

Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang.

Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja.

 Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.
PERISTIWA DALAM BAB 9

Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka.

Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.

Sultan  Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil.

Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.

Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya.

Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah.

Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.

Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid.

Sultan  Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.

Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.

Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya.

 Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala,  Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.

PERISTIWA DALAM BAB 10

Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.

Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.

Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung Ledang.
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda. :

Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.

Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.

Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali.

Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda.

Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.


PERISTIWA DALAM BAB 11

Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda.

Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.

Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.

 Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka.  Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut.

 Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut.

Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut.

 Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.

 Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.

 Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat.   Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.  Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.


PERISTIWA DALAM BAB 12

Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.

 Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang.  Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan.

 Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara.

 Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana.  Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.

 Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka.

 Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi  beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab.

 Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.


PERISTIWA DALAM BAB 13

Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.

Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara
setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.

Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.

Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka.

 Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang.         

Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.

Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar.

Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.

Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang berdendam dengan Bendahara kerana  Tun Fatimah.

Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.

Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.

Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.


PERISTIWA DALAM BAB 14

Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal.

Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana  Peringgi akan menyerang lagi.

Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang.

Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.

Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.


PERISTIWA DALAM BAB 15

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor.

Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.

Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.

Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.



Latar  ialah yang berkaitan dengan waktu, lokasi, watak suasana berlakunya  sesuatu peristiwa dalam karya. Latar dalam karya terbahagi kepada tiga iaitu:
                         Latar tempat
                        Latar masa
                        Latar masyarakat

LATAR TEMPAT

Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat dalam karya-karya satera berfungsi sebagai media kepada para pelaku (watak-watak) untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar tepat yang sesuai, jalan cerita akan menjadi hambar dan tidak menarik.
     Bukit Si Guntang.

Tempat dimana tiga orang anak Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Kristina Pandita dan Nila Utama telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan  berwarna putih. Mereka telah dijumpai oleh Wan Empuk dan Wan Malini lalu ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu yang dinaiki mereka telah memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki didalamnya yang dinamai Batala.

 Minangkabau

Tempat dimana berlakunya peristiwa Sang Si Perba diuji kesaktiannya. Penduduk di Minangkabai mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. Sang Si Perba meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang kepada seorang hulubalang yang bernama Permasku Mambang. Beliau Berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu telah sumbing dan baginda kekal berkerajaan di Minangkabau.

Temasik

Seri Teri Buana ingin telah keluar dari Palembang untuk membuka  negeri baru, STB telah diambi sebagai anak angkat oleh Wan Teri Beni dan menjadi raja Bintan selama 2 tahun. STB meneruskan lagi berjalanannya sehingga Temasik. Sesampainya mereka di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda rebut taufan, untuk meredakan rebut taufan tersebut, STB telah meletakkan mahkotanya di permukaan air laut. Lantas, baginda telah melihat seekor singa berada di atas bukit di Pulau Temasik itu. Namun singa itu ghaib apabila orang ramai melihatnya. STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu berkerajaan disitu.

Singapura

Selepas Tun Jana Khatib dibunuh kerana dituduh ingin menunjukkan kehebatannya kepada isteri Paduka Seri Maharaja. Singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak menyebabkan ramai rakyat Singapura terbunuh.Paduka Seri Maharaja telah menyurh rakyatnya berkubukan betis, ini menyebabkan semakin ramai rakyatnya terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikannya budak itu menimbulkan kerisauan dihati pembesar. Mereka encadangkan budak itu dibunuh.


LATAR MASA

Menunujukkan bila peristiwa itu berlaku, merujuk kepada zaman, era, sejarah dan musim.

 Dari pagi-pagi hari

Dari pagi-pagi hari lagi Seri Rakna Wikrama sudah keluar dihadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk menghadap. (halaman 53)

 Selang dua tahun

Selang dua tahun, datanglah peredaran dunia, maka baginda SeriTeri Buana pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit Singapuraitu, tiada beberapa jauh dengan Wan Seri Beni ( halaman 44).


LATAR MASYARAKAT

Adalah gambaran kehidupan masyarakat yang ada di dalam karya.

1. Masyarakat yang setia

Kesetiaan Hang Tuah  kepada Sultan Melaka tidak terbelah bahagi. Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang amat setia, Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja titah raja dan tanpa membantah atau memikirkan keselamatan dirinya. Contoh peristiwa yang menunjukkan kesetiaan Hang Tuah adalah seperti berikut :

·         Sanggup menentang Hang Jebat demi menjaga martabat Raja Melaka. Walaupun Hang Jebat menentang demi membela keadilan terhadap kezaliman, namun Hang Tuah tetap menganggap tindakan Hang Jebat sebagai penderhakaan yang mesti dihapuskan.

·         Kesetiaan Hang Tuah merawat dan menjaga keselamatan Sultan Mahmud Syah ketika baginda mendapat sakit buang-buang air.


2. Masyarakat yang berwibawa

Sifat kewibawaan ini boleh dilihat melalui watak Tun Perak. Kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman Siam, kecerdikkan Tun Perak mengusir Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati Sultan. Lalu, Tun Perak telah dilantik sebagai Bendahara.


3. Masyarakat yang cekap menjalankan tugas-tugas dalam pentadbiran Melaka.

Tun Perak sebagai bendahara cekap dan bijak dalam mengarang surat untuk dihantar ke Siam. Isi kandungannya terselit unsur diplomasi, maksud mendalam yang tersirat dan baris-baris ringkas, pendek tetapi jelas.

4. Masyarakat yang baik budi pekerti.


Sifat baik budi pekerti ini ditunjukkan melalui watak Tun Mutahir. Oleh kerana kehebatannya dalam perniagaan, Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan digelar Seri Maharaja. Setelah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara. Tun Mutahir mempunyai sikap baik budi pekerti, beliau menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga kebajikan pedagang-pedagang di Melaka sehingga namanya masyur dikalangan mereka.