ADA AKU
Ada Aku Di Dalam
Dirimu
Jangalah Kau
Bersedih
Hapuslah Air
Matamu
Aku Bangga Kepada
Sikap Dan Sifatmu
Kau Menerima
Segala Kata-Kataku
Sanggup Ditalak
Demi Menjaga Namaku
Terhutang Nyawa
Dan Budi Aku Dengan Kamu
Wahai Tun Kudu
Isteriku.
Aku Tahu Kau
Berduka
Ingatlah Kekasih
Aku Sentiasa Reda
Segala Silap Dan
Salah Lakumu
Itupun Jika Ada
Walau Sekelumit
Kurasa Ku Tidak Tahu
Di Manakah
Bermula Pangkal Kesalahan Itu
Menawarkan Kamu
Kepada Pembesarku
Demi Menjaga
Maruahku.
Dalam Aku Ada
Kamu
Dalam Kamu Ada
Aku
Melepaskanmu
Walaupun Pilu
Duka Dan Luka
Kutanggung Rindu
Padamu Kekasihku
Buka Seteru
Terima Kasih
Adindaku
Kasihku Dan Sayangku
Ada Padamu
Kerana Dalam
Diriku Ada Kamu.
No comments:
Post a Comment