Nukilan Si Pewaris Sastera

Nukilan Si Pewaris Sastera

Thursday, 5 April 2018

SET INDUKSI BAGI P&P

Pautan untuk Set Induksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Melayu


https://www.powtoon.com/online-presentation/gcsWwmZQnMU/warisan-sastera-melayu/?mode=movie#/




CONTOH RPH

Modul Pengajaran 

Tajuk                           : Watak dan Perwatakan dalam cerita Singapura Dilanggar Todak
Tingkatan                    :5 Ibnu Sina
Bilangan Pelajar          : 45 orang
Masa                            : 60 minit




Objektif:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1.      Menerangkan jenis watak yang terdapat dalam cerita Singapura Dilanggar Todak.

2.      Melakonkan watak-watak yang terdapat dalam cerita Singapura Dilanggar Todak.

3.      Membuat perbandingan watak dan perwatakan  dengan menggunakan borang grafik yang berkenaan.

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran:

1.      Guru memberikan murid sinopsis cerita Singapura Dilanggar Todak.

2.      Guru bersoal jawab dengan murid tentang nama-nama watak yang terdapat dalam cerita Singapura Dilanggar Todak.

3.      Guru meminta murid senaraikan dan menerangkan watak-watak yang terdapat dalam cerita Singapura Dilanggar Todak.

4.      Murid dibahagikan kepeda lima kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan kertas sebak dan pen penanda untuk melakar wajah-wajah yang terdapat dalam cerita Singapura Dilanggar Todak dengan menggambarkan watak mereka.

5.      Setelah selesai berbincang, setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

6.      Setiap kumpulan akan meneka nama watak yang dilakar oleh kumpulan lain dengan betul.

7.      Guru mengarahkan setiap kumpulan mengisi borang grafik watak dan perwtakan berdasarkan watak yang dilakarkan itu.

8.      Pelajar diarahkan membuat kesimpulan dengan menyataka watak utama dalam cerita Singapura Dilanggar Todak.

9.      Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran bagi keseluruhan watak dalam cerita Singapura Dilanggar Todak.

Tuesday, 3 April 2018

SAJAK DALAM CERMIN ADAB



ADA AKU



Ada Aku Di Dalam Dirimu
Jangalah Kau Bersedih
Hapuslah Air Matamu
Aku Bangga Kepada Sikap Dan Sifatmu
Kau Menerima Segala Kata-Kataku
Sanggup Ditalak Demi Menjaga Namaku
Terhutang Nyawa Dan Budi Aku Dengan Kamu


Wahai Tun Kudu Isteriku.

Aku Tahu Kau Berduka
Ingatlah Kekasih
Aku Sentiasa Reda
Segala Silap Dan Salah Lakumu
Itupun Jika Ada
Walau Sekelumit Kurasa Ku Tidak Tahu
Di Manakah Bermula Pangkal Kesalahan Itu
Menawarkan Kamu Kepada Pembesarku
Demi Menjaga Maruahku.


Dalam Aku Ada Kamu
Dalam Kamu Ada Aku
Melepaskanmu Walaupun Pilu
Duka Dan Luka Kutanggung Rindu
Padamu Kekasihku Buka Seteru
Terima Kasih Adindaku
Kasihku Dan Sayangku Ada Padamu
Kerana Dalam Diriku Ada Kamu. 

SAJAK CERMIN ADAB


PERTARUNGAN





mata bertentangan mata
langkah dibuka
tari pencak mencari lawannya.

Maaf
bukan ini yang aku pinta
buatm saudara
seperti adik-beradik berhujah kata
tika tergigit lidah sama sakitnya
dicubit peha kiri peha kanan kan terasa.





langkah itu berhati-hati
keris juga seperti terluka
tidak mahu mengena seolah-olah terasa
bagai ada yang tidak kena
antara dua bersaudara

Langkah terakhir jebat pun rebah
ditikam Hang Tuah sekali sudah
walau Hang Jebat berkali mengacah
ingatkan saudara berpaling tadah
tersalah sangka Jebat derhaka
berpaling Tuah dari mukanya.

Menikam curi kata akhirnya
kepada Tuah yang sangat setia
kepada raja mengabdi diri
tidak mengenang si Jebat di sisi
baginya derhaka mencalar diri
maruah dipijak hina ke mati.